Jumaat, 17 Mei 2013

KHALIFAHTULLAH

" APAKAH  YANG  DIMAKSUDKAN  DENGAN  KHALIFAH ? "

" SIAPAKAH  KHALIFAH  ALLAH ? "

Khalifah  berasal  dari  perkataan  arab  iaitu  khalafa  yang  bermaksud  ganti .
ALLAH  memilih  kita  untuk  menjadi  khalifah  berlandaskan  syariat  yang  ditetapkan  olehNYA  sebagai  pengganti - NYA  di bumi .
Khalifah  ialah  manusia  yang dicipta  oleh  ALLAH , iaitu  kita .
ALLAH  mencipta  kita  untuk  mentadbir , mengurus  dan  memakmurkan  muka  bumi .

Firman Allah SWT : Maksudnya : Adalah Dia yang telah menjadikan engkau khalifah-Nya, pewaris bumi ini, Ia telah meningkatkan darjat sebahagian di antaramu lebih tinggi dari sebahagian yang lain. Sehingga Ia dapat mengujimu mengenai caramu memeperlakukan pemberian-Nya, sesungguhnya Tuhanmu cepat memberi siksaan namun Ia juga Sangat Pengampun dan Maha Penyayang "
( Al-anam: 165 )

nikmat yang besar bagi manusia pernah di tanya oleh malaikat kepada Allah s.w.t. seperti yang terkandung dalam ayat berikut , yang bermaksud : " Ingatlah , Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas muka bumi ( Adam ) . Maka jawab mereka itu , " Adakah patut Engkau jadikan diatas muka bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah , sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau ? Allah berfirman , " Sesungguh nya Aku mengetahui apa-apa yang tiada engakau ketahui " .
( al - Baqarah ayat 30 )

Jadi , untuk  menjadi  khalifah  ALLAH  yang  sejati , kita  mestilah  mempunyai  jiwa  berTUHAN .
Bak  kata  DR . HM TUAH ISKANDAR al - haj , dalam  buku  bertajuk  " Cipta Syurga Hati "  yang dicoretnya , " Apabila anda ada agama , anda dikira ada hati . sememangnya kita memerlukan TUHAN untuk disembah dan keinginan ini ,memang datangnya secara semula jadi di hati . Bermakna , jika anda tiada hati untuk bertuhan , anda boleh dianggap telah ' mati ' kerana orang yang hidup , pasti memiliki hati yang hidup " 
Aku  juga  manusia  yang  tidak  lari  dari  tanggungjawab  sebagai  khalifah  di muka  bumi  ini .
Aku  pernah  lalai  dan leka  di dunia  remaja  yang  penuh  dengan  hasutan .
Biasalah , naluri  ingin  tahu  terlalu  tinggi pada  usia  kita  remaja  mengikut  kajian .
Alhamdulillah , ALLAH  masih  bagi  aku peluang  untuk bertaubat =)
 Masih  bernafas  lagi  aku  di bumi  yang  fana .

 Firman Allah SWT : Maksudnya “ Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula melakukan segala yang diperintahkan . ”
( At-Tahrim : 6 )

Firman Allah SWT: Maksudnya : “ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
( Ali Imran :104 )


Terima  Kasih  RABB


Aku  memang  suka  nasyid  ni .
Liriknya  betul - betul  menyentuh  hati  kecilku .
Bila  aku  dengar  nasyid  ni , aku  akan  hayati  sungguh - sungguh .
terkesan  dalam  hati .

" ya  ALLAH , janganlah  ENGKAU  palingkan  hatiku  setelah  ENGKAU  memberi  hidayah " 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan